Halaman

Jumaat, 10 Mac 2017

Iktibar Dari Seekor Lalat

Kisah Sufi
Datang seorang murid berjumpa Syeikh lalu bertanya " Wahai syeikh , aku ini sering diganggu jin , walaupun aku mengaji dan merukyah , ia akan pergi dariku sementara dan akan kembali menggangguku, apa yang harus aku lakukan ?
Lalu Syeikh itu menjawab " Seekor lalat itu apabila datang menganggumu , engkau boleh menghalaunya, tapi apabila ia sering menganggumu  bermakna ada kotoran bersamamu. Daripada engkau sibuk menghalau lalat itu lebih baik engkau bersihkan kotoran yang ada padamu. Nescaya lalat itu takkan memghampirimu."
Ambillah iktibar dari kata hikmah syeikh di atas , semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita . Ameen


Khamis, 9 Mac 2017

Resepi Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus

Ingredient

1 cwn gula
½ cwn air
1 cwn gula
1 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 cwn santan/ stengah tin susu pekat manis

Instructions

1. Gula dimasak utk dijadikan gula hangus. Masukkan air. Sejukkan.

2. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung dan soda bikarbonat dan gaul sebati.

3. Masukkan santan dan gaul lagi.
Masukkan gula hangus tadi dan gaul sebati.

4. Sapu loyang dengan minyak dan masukkan adunan tadi.

5. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.


Rabu, 8 Mac 2017

Sambal bilis

ikan bilis goreng garing2
cili api blender campur dgn bwg putih 2 ulas...
masakkan cili smpai masak...
kemudian masukkan air asam jawa n garam.....
kemudian masukkan bwg n ikan bilis....
klau suka letak belacan sikit....siap


Pucuk ubi tumbuk

Cili kering @ Cili api
Ikan bilis sikit
Belacan
Bawang merah
Pucuk ubi tumbuk
Blend Cili kering n masukan bawang, ikan bilis n belacan..
Tumis sampai garing..
Masukan pucuk ubi tumis sampai layu, buh garam n perisa... Kacau sekejap n siap.


Rabu, 22 Februari 2017

Pen, kertas & pemadam

Pada suatu hari, si atuk mendapat berita bahawa cucunya baru mendapat isteri, beliau bergesas ke rumah anaknya untuk bertemu dengan cucunya itu. Sesampainya di rumah anaknya, setelah bersalaman, si ayah terus memanggil cucunya dan meminta darinya agar diberikan sebatang pensil, sehelai kertas dan sebiji pemadam.

Kata cucunya “nah, ini apa yang atuk minta, pencil dan kertas, pemadam tiada tuk”.
Si atuk melaihat jauh ke dalam mata cucunya, dan berkata “kamu pergi cari dan dapatkan juga pemadam tu, atuk nak kan pemadam tu”.

Dengan rasa kehairanan, cucunya pergi ke kedai berdekatan untuk membeli sebiji pedamam yang diperlukan oleh atuknya, dia bertara dalam hati, “nyayuk sungguh orang tua ni, apa dia nak buat dengan pemadam tu, macamalah ada perkara penting sangat”, rungutnya sendirian.

Setelah cucu itu membeli pemadam di kedai, dia terus pulang dalam kehairanan, sesampai di rumah dia hulurkan pemadam itu kepada atuknya, “tuk, ni pemadam yang atuk minta tadi”, ujarnya lembut. Atuknya terus mengambil pemadam itu dan memegang tangan cucnya sambil berkata, “mari duduk di sebelah atuk, ambil pencil dan kertas itu serta tulis”. “nak tulis apa? Tuk.” Kata cucunya.

Lantas cucunya pun tulis beberapa ayat di atas kertas puteh di tangannya itu, kata atuknya “kamu padam balik tulisan itu”, cucunya pun padam beberapa ayat yang telah dia tulis tadi. Kata atuknya lagi, “kamu tulis lagi perkataan lain”, dalam kehairanan, cucunya pun tulis ayat lain pula. Atuknya menyuruhnya memadamkan balik tulisannya tadi. Cucunya mendogak ke arah atuknya dan berkata “apa sebenarnya yang atuk mahu? Tulis, padam… tulis, padam, apa ni, atuk” cucunya menegas dengan suara tinggi.

Atuk terus senyum dan berkata “cucuku, dalam perkahwinan kamu harus sentiasa memiliki pemadam yang elok untuk kamu memadam peristiwa yang sedih berlaku dalam perkahwinan mu antara kamu dengan isteri mu. Begitu juga isteri mu harus segera memadam ingatan tentang perkara yang dia tidak suka datang dari mu, jika semua kenangan hitam itu tidak segera di padam maka pasti helaian kehiduapan rumah tangga mu akan cepat hitam dan mencomotkan. Demikian juga dalam hubungan kamu dengan adik beradik kamu, segeralah padamkan ingatan buruk yang akan menghitamkan hubungan kamu sesama adik beradik. Cucu ku, setelah kamu berkahwin kamu akan menjadi orang dewasa, jangan sesekali lepaskan pemadam ini untuk kamu padamkan catatang comot atau hitam di helaian hidup, jika itu yang kamu lakukan pasti kamu akan tenang, bahagia dan akan disukai oleh semua orang”.

Itu saja pesan atuk buat kamu, tolong bangunkan atuk… ujar atuknya. Atuk dah nak balik minun petang yang nenek kamu masak. Selamat minum petang  semua..


Jumaat, 13 Januari 2017

Baja Cecair Buah


BAJA CECAIR BUAH - Sesuai Untuk Pokok Sayur Berbuah

1.Pisang atau betik atau buah yang boleh diperam – 1 kg

2.Gula merah – 500 gram

3.Telur – 1 biji

4.Bekas pemeraman



Cara penyediaan

1.Potong pisang kecil-kecil bersama kulitnya sekali (4846)

2.Masukkan sedikit gula merah ke dalam bekas (4843)

3.Kemudian lapiskan pisang yang telah dipotong sedikit demi sedikit. (4852)

4.Ulangi lapisan dan tinggalkan ruang sebanyak 1/3 di atasnya.(4857)

5.Pecahkan telur dan dikacau sedikit, masukkan untuk lapisan terakhir (4863)

6.Tutup bekas pemeraman menggunakan kertas putih atau tutup separa anaerobik.

7.Peram selama 10 hari di tempat gelap kemudian tapis dan baja cecair boleh digunakan.

Dari: ideaberkebun.blogspot.com



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Sabtu, 10 Disember 2016

Tentang solat dhuha

*HUTANG DHUHA*
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil   (melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah... Aku akan sampaikan berita

#copypaste



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram