Halaman

Sabtu, 10 Disember 2016

Tentang solat dhuha

*HUTANG DHUHA*
Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil   (melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian. 

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah... Aku akan sampaikan berita

#copypaste



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Jumaat, 9 Disember 2016

Tentang Rezeki

🌾 *TENTANG REZEKI* 🌾

📍Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil..maka kita cemburukan gaji,elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

📍Ingat! Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

_*Kekadang kita lupa..*_
🍃- Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🍃- Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🍃- Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🍃- Kerja tak pressure pun rezeki..
🍃- Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

🍃Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya.. *Jom fikir luasnya rezeki.* Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

*_Kekadang.._*
🍂- Ada orang direzekikan cantik & tampan,tapi tak direzekikan cinta.

🍂- Ada orang direzekikan harta,tapi tak direzekikan anak-anak.

🍂- Ada orang direzekikan anak-anak,tapi tak direzekikan kasih sayang.

🍂- Ada orang direzekikan kekayaan,tapi tak direzekikan kebahagiaan.

🍂- Ada orang direzekikan makanan yang hebat,tapi tak direzekikan selera.

🍂Demikian Allah SWT membahagikan rezekinya,jangan menyangka kita tidak ada rezeki.😊



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Selasa, 22 November 2016

Cara Mudah Buat Fridge Magnet

Cara Mudah Buat Fridge Magnet Sendiri

Nusantara77Only for author

2015-09-04 7:26pm








Bahan yang diperlukan cuma sehelai kertas sticker atau 'sticker sheet' yang boleh dibeli di kedai buku, sekeping helaian magnet atau 'magnet sheet'.Ana membelinya di Daiso dengan harga RM5.30 termasuk gst.Kemudian bahan asas lain ialah gunting dan pembaris.

Bahan yang diperlukan untuk DIY Fridge Magnet


Cara-cara untuk membuat fridge magnet sendiri ialah sediakan reka bentuk atau design yang hendak digunakan sebagai motif fridge magnet tersebut.Kemudian cetak di atas helaian sticker atau 'sticker sheet' tadi.

Cetak design ke atas helaian sticker

Seterusnya lekatkan sahaja kepada kepingan magnet atau 'magnet sheet' dan pastikan ukurannya sesuai dan tepat supaya kita memperolehi bilangan kepingan magnet yang semaksima mungkin.Guna kan pembaris untuk membuat pembahagian.

lekatkan pada kepingan magnet

Akhir sekali potonglah ikut saiz yang dikehendaki dan siaplah lima keping fridge magnet mudah cara anajingga.com. Selamat mencuba.


Khamis, 10 November 2016

Resepi Kek Hantu 👻👻

Jom cuba resepi Kek Hantu ni..😁😁😁😁
Alhamdulillah rezeki rm 15 jew..

Bahan2 kek moist
--------------------------------
1 Cawan gula
1 Susu pekat
1 Air
1 Cawan minyak
*masakkan agak larut sebati masukkan
2 biji telur (dipukul terlebih dahulu) , Sebati . Tutup api . Masukkan bahan2 dibawah.
.
1 Cawan tepung gandum
1 SK S.Bikarbonat
1 SK Baking Powder
**(ayak semua bahan di atas).
.
Then masukkan dalam bekas (1/2 bekas shj) nanti kek akan naik .
Kukus 20-30 minit . Biarkan sejuk .

Bahan Krim (putih)
-------------------------------
250ml Whipping krim (brand Rich's)
250gm Krim Cheese
.
Keluarkan whipping krim mix sehingga agak kental masukkan krim cheese
mix lagi hingga sebati .
.
Bahan Coklat ganache
---------------------------------------
250ml Whipping krim
250g Coklat compound-dark (admin jenama beryl's)-dipotong2
1 SB butter
1 SK Esen Vanila
1 SB Madu/golden syrup (option)
.
Panaskan whipping krim , masukkan ke dalam bahan lain (coklat , butter ,esen vanila , madu) . Kacau biarkan ketepi .
.
.
Langkah seterusnya .
Lapis kek dengan krim tadi , kemudian tuang coklat . Lorek ikut kreatif masing2 .
Bahan lorek satukan krim & coklat agaknya cair boleh lorek .
Buat ketika coklat ganache masih cair . Kalau lambat ia jadi keras 😂.
Kalau rajin belah 2 kek , topping krim 2x pun boleh .
.
Letak dalam peti ais , kalau tak sabar terus boleh makan . Sedap bangat 😊

SELAMAT MELOREK!!



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Ahad, 6 November 2016

Menganyam Tudung Saji

Bahan-bahan yang diperlukan
Buat garisan & potong
Masukkan ke dalam lubang saji
Anyam satu demi satu
Bahagian dalam tudung saji
Selitkan lebihan
Done!



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Sabtu, 5 November 2016

Sabtu, 29 Oktober 2016

Resepi Cucur Ikan Bilis

Di kampung saya kuih ni dipanggil kuih senduk (di Kelantan). Sebab ia berbentuk senduk & buatannya dengan senduk. ;p

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pelbagai guna
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp gula (boleh ditambah kepada yang inginkan rasa manis)
1/2 tsp garam
2 biji bawang merah besar yang sederhana besar (dipotong dadu)
2 cawan air
ikan bilis kecil

Cara-cara:
1) Panaskan minyak masak yang agak banyak dan rendamkan senduk logam di dalam minyak.

2) Satukan semua bahan kecuali ikan bilis dan bawang goreng ke dalam mangkuk dan seterusnya diadun hingga sebati. Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.

3) Setelah minyak panas, angkat senduk dan tuang bancuhan ke dalam senduk tersebut.

4) Jemputkan ikan bilis ke atas bancuhan di dalam senduk.

5) Rendam kembali senduk ke dalam minyak dan bancuhan akan lekang sendiri daripada senduk.

Goreng sehingga garing.

Amat sedap bila dihidangkan dengan sos dan teh o yang panas.

Tips:
1)Setelah memasukkan bancuhan ke dalam senduk, ngiring-ngiringkan senduk untuk menghasilkan cucur yang sangat rangup di bahagian tepi tetapi masih lembut di bahagian dalam.

2)Jika ikan bilis digantikan dengan udang, maka jadilah cucur udang.

3)Boleh ditambah pelbagai sayur-sayuran lain yang anda gemar (taugeh, daun bawang dll).

SELAMAT MENCUBA!!!

-Wahai wanita, makanan yang dimasak oleh tangan kita sendiri dapat mengukuhkan rasa kasih sayang ahli keluarga terhadapmu dan memberikan kepuasan kepada dirimu... Jadi rajin-rajinkan lah dirimu walaupun sekadar hidangan yang ringkas... ;)



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Amigurumi Teddy Bear



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Jumaat, 28 Oktober 2016

Masak Sotong

Bahan yang diperlukan

- sotong
- 1 labu bawang bombay ukuran besar, kalau kecil perlu 2 labu, dihiris
- 3 ulas bawang merah dimayang
- 3 ulas bawang putih di cincang
- 3 biji cili merah di potong serong
- 1 batang daun bawang

- sedikit sos tiram
- sedikit sos tomato
- sedikit sos cili
- gula, garam secukup rasa.
- 1 sudu besar marjerin

Cara membuatnya

√ Panaskan marjerin.
√ Tumis bawang.
√ masukkan sotong.
√ Masukkan cili.
√ masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.
√ perasakan gula & garam secukup rasa.
√ Taburkan daun bawang & hidangkan.

Selamat mencuba.



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Rabu, 26 Oktober 2016

Amigurumi

Amigurumi Conet

Bahan2

Benang kait
Mata
Jarum kait
Fiber
Kaki 2pcs
1. 6sc 6x (6sc)
2. 1sc v 3x (9sc)
3-5.9sc
(3row)
Untuk cantumkan kaki buat 2 ch dan sambung kaki sebelah pulak,
6.bila dh cantum buat buat sc keliling dan akan dapat (22sc)
7-10. 22sc
4row
11. (/\ 2sc) 5x /\ (16sc)
12.16sc
13.(/\ 1sc) 5x 1sc (11sc)
14.11sc
Masukkan fiber,dan putuskan benang
Kepala
15.v 11x (22sc)
16.1sc v 11x (33)
17-20.33sc
(4row)
21.(2sc /\) 8x (24sc)
22.1sc/\) 8x (16sc)
23.1sc /\ 1sc (11sc) masukkan fiber
33./\ 5x dan matikan kaitan
Jahit rambut pulak
Topi
1. 6sc 6x (6sc)
2. v 6x (12sc)
3.1sc v 6x (18sc)
4.2sc v 6x (24sc)
5.3sc v 6x (30sc)
6-9.30sc.
4row.
10.3sc /\ 6x (24sc)
Tangan
1.5sc
2-5.5sc
4row.

untuk lebih lengkap penerangan bergambar ada di blog
http://bintishadanc.blogspot.co.id/?m=1



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Isnin, 24 Oktober 2016

Kek Milo Kukus

-KEK MILO KUKUS-

Bahan-bahan
1 cwn milo
1 cwn gula
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas
*semua di masak hingga larut
2 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*di ayak bersama
3 biji telur..di pukul kembang

Cara-cara

Masukkan telur dalam campuran milo..kacau rata..
Masukkan tepung..sebatikan
Kukus selama 1 jam



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Cara Tanam Kangkung mudah

Cara tanam kangkung dengan mudah. Dalam rumah pun boleh tanam

Cara-cara

1.Pergi beli bijih benih kangkung kat kedai
2.Letak bijih benih kangkung dalam raga ada lubang2 macam dalam gambar tu
3.Ambil satu baldi dan letakkan air hingga sampai ke raga yang ada bijih benih kangkung tu. Tunggu lah hasilnya.



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Sabtu, 22 Oktober 2016

Booties Baby

Saiz 6 bulan mula dgn: 12+3ch
Saiz 12 bulan mula dgn: 15+3ch

1. So buat 12 ch dulu . tambah 3 ch (jadi 1dc) 2dc selubang tiap2 3ch tadi. Kemudian buat dc sampai hujung buku.  Last ch Kat hujung buku buat 7 dc kemudian  sambung buat dc bahagian belah bawah. Last ch tambah 2 dc selubang dengan 2dc3ch tadi.

Row 1  12 ch + 3 ch 2dc +10dc + 7 dc + 10dc +2 dc= 32 stitches semuanya.

2. Repeat steps yg sama kecuali part  7dc dan 5 dc tadi.
Part  ni buat 2dc selubang.

Row 2 3ch+5dc+ 10dc + 14 dc + 10dc+ 4 dc= 44 stitches.

Bila dah siap tgk kalau tapak tu dah cukup lebar atau x.
Kalau x cukup lebar tambah satu row.
Saya biasa tambah row tapi buat sc.
Hujung bucu permulaan, Saya buat 2sc selubang untuk 3 stitches.
Hujung bucu jari Saya buat 2sc selubang utk 5 stitches.

P/s: Masa naikkan badan tu.
Pastikan belah yg cantik Kat bawah ya.
Belakang tapak masuk belah dlm.
So naik row mula Dari belah kiri.

Bila dah siap tapak naikkan 3ch Dan dc keliling tapak tu.
Cara Nak buat dc mcm fpdc jugak.
Cungkil Dari bawah utk Tarik benang keluar.
Supaya dc kita Akan naik tegak.
Habis row 1 badan
Kira total dc keliling ÷4 dan tandakan.
Bila dah bahagi 4
2 bahagian atas utk jari kaki.
2 bahagian bawah utk tumit.
Bahagian tumit buat dc semua
Bahagian atas tumit buat 2dectog
Kecikkan.
Jadi 2dc satu kepala.
Kalau ada 14 dc Bila buat decrease so kita Akan dpt 7 stitches

Row berikutnya repeat steps yg sama.
Bahagian 7 stitches tu kecik kan.
Sbb 7 angka ganjil Maka buat 2dectog x 3 1dc 2dectog x 3

Row 3 naikkan 1 ch1sc selubang
Pastu 2sc selubang
Pastu 1sc
Sampai Kat 2dc selubang tu buat 2sc selubang
So ada 7 x 2dc kan.
So buat 2sc x 14 dc tu
Lepas tu buat 1sc.
Sampai last dc buat 2sc selubang

Repeat steps yg sama utk 2 row berikutnya.

Kemudian naikkan 3 ch Dan buat dc keliling
Mula mengait dc Dari belah kanan.

Sebelum ni Kita mula kait dc Dari belah kiri kan.

Tapi kali ni Dari belah kanan pulak.

Sebab Bila kita lipat nanti belah cantik tu Akan kelihatan Kat luar.

Buat 5 row utk tiang kaki tau ikut tinggi mana u nak

Last sekali kelim Ngan sc atau picot edging.

Kalau Nak buat mcm boot cowboy tu x perlu mula buat dc Dari belah kanan.
Terus jer Dari belah kiri.
Supaya bahagian depan nampak cantik.
Abis row 4 jgn ss.
Terus buat dlm 5 atau 6 ch extra.
Sambung buat dc terus sampai akhir row.
Nanti boleh tutup Ngan butang.
Picot tu buat sc 3ch ss Kat ch1 sc 3ch ss Kat sc.



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram

Isnin, 17 Oktober 2016

Isnin, 10 Oktober 2016

Baju Bayi Perempuan

Saiz benang Nona. 
Jarum 3mm
Saiz utk baby 1 tahun

●Buat 80ch ss
●Naikkan 3ch Dan  79dc ss
●Row 2 naikkan 3 ch 2dc 2dctog.
●Buat 2dctog selang 3dc ss
● Row 3 naikkan 3ch 3dc 2dctog
●Buat 2dctog selang 4dc ss
●Row 4 naikkan 3ch 4dc 2dctog
●Buat 2dctog selang 5dc ss
●Row 5 naikkan 3ch1dc ch 2dc selubang.
● Skip 1dc buat 2dc1ch2dc selubang sampai akhir row Dan ss
● Kira berapa rumah 2dc 1ch 2dc yg ada
●Pastikan genap
● Kalau x genap kena adjust balik Kat row 5 supaya dpt genapkan rumah
● Lipat dua bulatan tu Dan asingkan 20 row kiri Dan kanan
● Tandakan
●20 row utk lengan kiri 20 row lengan kanan
●Tandakan 20 row pertama lengan kiri Dan mulakan buat badan rumah pertama selepas rumah akhir lengan kiri.
●Buat 2dc 1ch 2dc selubang dia atas rumah pertama row 5 tadi
●Akhir badan bahagian belakang buat 5 ch Dan sambung buat rumah di bahagian depan  badan pulak
5ch tadi adalah jarak utk bawah lengan
●Abis buat row ni boleh Bukak tanda lengan tadi
●Row 7 sambung buat badan 2dc 1ch 2dc dan tiba di 5 ch tu buat 2dc 1ch 2dc di ch pertama ketiga dan kelima
●Sambung  balik buat rumah badan
●Teruskan sampai labuh mana yg kita nak.

P/s: Cuba ikut arahan yg diberikan sambil mengait.
Insyaallah uoll boleh faham dan buat baju baby ni



+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram