Di kampung saya kuih ni dipanggil kuih senduk (di Kelantan). Sebab ia berbentuk senduk & buatannya dengan senduk. ;p
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pelbagai guna
1/2 tsp soda bikarbonat
2 tbsp gula (boleh ditambah kepada yang inginkan rasa manis)
1/2 tsp garam
2 biji bawang merah besar yang sederhana besar (dipotong dadu)
2 cawan air
ikan bilis kecil
Cara-cara:
1) Panaskan minyak masak yang agak banyak dan rendamkan senduk logam di dalam minyak.
2) Satukan semua bahan kecuali ikan bilis dan bawang goreng ke dalam mangkuk dan seterusnya diadun hingga sebati. Air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga bancuhan sebati.
3) Setelah minyak panas, angkat senduk dan tuang bancuhan ke dalam senduk tersebut.
4) Jemputkan ikan bilis ke atas bancuhan di dalam senduk.
5) Rendam kembali senduk ke dalam minyak dan bancuhan akan lekang sendiri daripada senduk.
Goreng sehingga garing.
Amat sedap bila dihidangkan dengan sos dan teh o yang panas.
Tips:
1)Setelah memasukkan bancuhan ke dalam senduk, ngiring-ngiringkan senduk untuk menghasilkan cucur yang sangat rangup di bahagian tepi tetapi masih lembut di bahagian dalam.
2)Jika ikan bilis digantikan dengan udang, maka jadilah cucur udang.
3)Boleh ditambah pelbagai sayur-sayuran lain yang anda gemar (taugeh, daun bawang dll).
SELAMAT MENCUBA!!!
-Wahai wanita, makanan yang dimasak oleh tangan kita sendiri dapat mengukuhkan rasa kasih sayang ahli keluarga terhadapmu dan memberikan kepuasan kepada dirimu... Jadi rajin-rajinkan lah dirimu walaupun sekadar hidangan yang ringkas... ;)
+6 0148067504 for order by sms/whatsaap/telegram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan