Cara Mudah Buat Fridge Magnet Sendiri
Nusantara77Only for author
2015-09-04 7:26pm
Bahan yang diperlukan cuma sehelai kertas sticker atau 'sticker sheet' yang boleh dibeli di kedai buku, sekeping helaian magnet atau 'magnet sheet'.Ana membelinya di Daiso dengan harga RM5.30 termasuk gst.Kemudian bahan asas lain ialah gunting dan pembaris.
Bahan yang diperlukan untuk DIY Fridge Magnet
Cara-cara untuk membuat fridge magnet sendiri ialah sediakan reka bentuk atau design yang hendak digunakan sebagai motif fridge magnet tersebut.Kemudian cetak di atas helaian sticker atau 'sticker sheet' tadi.
Cetak design ke atas helaian sticker
Seterusnya lekatkan sahaja kepada kepingan magnet atau 'magnet sheet' dan pastikan ukurannya sesuai dan tepat supaya kita memperolehi bilangan kepingan magnet yang semaksima mungkin.Guna kan pembaris untuk membuat pembahagian.
lekatkan pada kepingan magnet
Akhir sekali potonglah ikut saiz yang dikehendaki dan siaplah lima keping fridge magnet mudah cara anajingga.com. Selamat mencuba.
Di ambil dalam pelbagai sumber. Minta halalkan dari empunya milik. Sila personal admin kepada empunya milik jika ilmu tudak ingin dikongsikan di sini.
Selasa, 22 November 2016
Cara Mudah Buat Fridge Magnet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
haii awak. nak tanya sticker sheet tu jenis ape awk guna? gloss ke matte n keluaran apa?
BalasPadam